Kerjaya kelab André_Silva

Porto

Silva telah dilahirkan di Baguim do Monte di Gondomar. Beliau mula bermain bola sepak bersama kelab bola sepak kecil di Porto, S.C. Salgueiros. Beliau turut sempat menjadi pemain Boavista FC tetapi tidak lama selepas itu, beliau kembali ke kelab lamanya yang dinamakan semula sebagai Salgueiros 08.

Silva menyertai kelab junior FC Porto pada tahun 2011 di kala beliau berusia 15 tahun. Pada 12 Ogos 2013, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk FC Porto B dengan menggantikan Tozé pada minit ke-77 ketika menentang S.C. Beira-Mar yang berkesudahan Porto menang 3-2 dalam saingan Segunda Liga.

Silva menamatkan musim keduanya bersama Porto B dengan melakukan 34 kemunculan dan menjaringkan tujuh gol selain membantu pasukannya menduduki tangga ke-13 di divisyen kedua.

Silva melakukan penampilan sulungnya bersasma pasukan senior FC Porto pada 29 Disember 2015 dengan beraksi sehingga wisel penamat ditiupkan ketika menentang C.S. Marítimo dalam saingan Taça da Liga yang menyaksikan Porto tewas 1-3. Kemunculan pertamanya di Primeira Liga pada empat hari berikutnya apabila beliau menggantikan Vincent Aboubakar pada 20 minit terakhir ketika menentang Sporting Clube de Portugal yang berkesudahan Porto tewas 2-0.

Beliau memulakan musim 2015-16 sebagai penyerang ketiga Porto di belakang penyerang utama kelab, Aboubakar dan Dani Osvaldo. Namun, nasibnya bertambah buruk apabila Porto membawa masuk penyerang baru, Suk Hyun-jun dan Moussa Marega. Namun begitu selepas José Peseiro menggantikan Julen Lopetegui sebagai pengurus baru, Silva lebih banyak diberi peluang untuk beraksi. Beliau menjaringkan gol sulungnya dalam saingan liga pada perlawanan terakhir liga menetnang Boavista yang berkesudahan Porto meraih kemenangan 4-0. Beliau turut beraksi dalam perlawanan akhir Taça de Portugal menentang Braga pada 22 Mei. Beliau membantu Porto untuk menyamakan kedudukan 2-2 dengan menjaringkan kedua-dua gol Porto selepas mereka ketinggalan 2-0. Di samping itu, beliau menjaringkan gol menarik iaitu sepakan gunting saat beliau menyumbat gol kedua Porto pada lewat permainan. Namun, Porto tewas dalam penentuan penalti 4-2.

Silva memulakan musim 2016-17 dengan baik. Beliau menjaringkan gol pada perlawanan liga menentang Rio Ave dan Estoril. Selain itu, Silva turut menjaringkan gol pada perlawanan play-off Liga Juara-Juara menentang Roma yang berkesudahan seri 1-1. Pada 21 Ogos 2016, beliau menandatangani kontrak lima tahun termasuk klausa pelepasan sebanyak 60 juta euro.[1]

Milan

Pada 12 Jun 2017, Silva melakukan perpindahan yang menelan kos sebanyak 38 juta euro ke kelab Itali, Milan dengan menandatangani kontrak lima tahun.[2] Beliau diberi jersi nombor 9 yang sebelumnya dipakai oleh Gianluca Lapadula.[3]

Silva melakukan penampilan sulungnya untuk Milan pada 27 Julai dengan beraksi selama 24 minit pada perlawanan menentang CS Universitatea Craiova dalam aksi pusingan ketiga kelayakan Liga Europa yang berkesudahan Milan mencatat kemenangan 1-0.[4] Pada 17 Ogos, dalam pusingan play-off Liga Europa, beliau menjaringkan dua gol dan membantu satu jaringan ketika menentang KF Shkëndija yang menyaksikan Milan meraih kemenangan 6-0. Pada 14 September, beliau menjaringkan hatrik dalam peringkat kumpulan menentang Austria Wien yang berkesudahan Milan menang 5-1.[5] Dalam proses, beliau merupakan pemain pertama menjaringkan hatrik untuk Milan dalam kejohanan Eropah setelah Kaká pada tahun 2006.[6] Hasil persembahang cemerlang Silva, beliau dipilih ke dalam Pasukan Terbaik Mingguan Liga Europa.[7]

Rujukan

WikiPedia: André_Silva http://www.espnfc.com/club/ac-milan/103/blog/post/... http://www.fifa.com/worldfootball/statisticsandrec... http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... http://www.uefa.com/uefachampionsleague/news/newsi... http://www.uefa.com/uefaeuropaleague/news/newsid=2... http://www.uefa.com/uefaeuropaleague/season=2018/m... http://www.uefa.com/under19/history/season=2014/in... http://www.football-italia.net/109894/andre-silva-... http://www.portugoal.net/selecao/524-andre-silva-a... http://www.fpf.pt/pt/Jogadores/Pesquisar-Jogadores...